Gambar lucah itu palsu, sebuah ciptaan AI yang sangat kejam - Taylor Swift - Utusan Malaysia

Gambar lucah itu palsu, sebuah ciptaan AI yang sangat kejam – Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pihak pengurusan penyanyi popular, Taylor Swift, bakal mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab penggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) menghasilkan gambar lucah menyerupai penyanyi itu.

Beberapa gambar lucah pelbagai gaya berkenaan tular di media sosial menunjukkan penyanyi Cruel Summer itu kononnya berada di tengah-tengah perlawanan bola sepak Kansas Chief, Amerika Syarikat.

Gambar berkenaan dikatakan direka menggunakan teknologi AI dan dimuat naik di laman sesawang yang mengandungi pelbagai gambar bogel menyerupai wajahnya sebelum tersebar ke media sosial.

“Kami masih dalam perbincangan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Namun apa yang jelas, gambar itu palsu, sebuah ciptaan AI yang sangat kejam, menghina, bersifat eksploitasi dan dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan saya,” kata Taylor kepada media tempatan.

Ada juga pihak yang mendakwa gambar tersebut sengaja disebarkan bagi menimbulkan provokasi kepada dirinya dan juga kekasih, Travis Kelce.

Bengang dengan penyebaran gambar itu, para peminatnya yang digelar Swifties menyerang semua akaun yang memuat naik gambar berkenaan dan memulakan kempen ‘Protect Taylor Swift’ atau ‘Lindungi Taylor Swift’ sebagai tanda solidariti.

Para peminat Taylor Swift menggesa agar sebuah peraturan dan undang-undang khas diwujudkan bagi mengelak daripada terjadinya perkara seperti ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya