Gadis dilarikan teman lelaki kerana putuskan hubungan

Pelajar dilarikan teman lelaki kerana putuskan hubungan

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu kerana disyaki melarikan remaja perempuan tingkatan lima di hadapan sebuah sekolah di Kepong dekat sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerimalaporan oleh wanita tempatan berusia 42 tahun menyatakan anak perempuannya  dibawa masuk oleh individu tidak dikenali ke dalam sebuah kereta. 

Katanya,  siasatan mendapati, pengadu dimaklumkan oleh guru mangsa yang gadis berusia 17 tahun itu itu dilarikan seorang lelaki dan wanita di hadapan sekolah terbabit. 

“Siasatan lanjut mendapati mangsa ditarik secara paksa pada pukul 7 pagi sebelum dibawa ke sebuah rumah inap dan dilepaskan kembali pada pukul 12 tengah hari pada hari sama. 

“Mangsa dipercayai mengenali seorang daripada suspek yang merupakan bekas teman lelakinya. Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa memutuskan perhubungan. 

“Sepanjang mangsa dilarikan dia dikurung namun tidak dicederakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, susulan itu, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 tahun hingga 22 tahun pada 11.30 malam kelmarin yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, polis turut merampas  sebuah kereta Toyota dan motosikal jenis Yamaha. 

“Tahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melarikan orang,” ujarnya. 

Beliau turut menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Yap Ching Chua di talian 019-9969649 atau bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Gombak,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya