G57 digesa tarik balik kenyataan atau disaman RM100 juta

G57 digesa tarik balik kenyataan atau disaman RM100 juta – Mohd. Azis

ZAINUDIDN MAHDAR dan AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) Sepanggar menuntut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar menarik balik kenyataan yang mendakwa parti itu menerima dana daripada kartel dadah.

Ketua Warisan Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, beliau dan peguamnya akan mengeluarkan letter of demand kepada Zulkarnain untuk menarik balik kenyataan dan meminta maaf atas dakwaan Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah seperti yang disebutkan dalam sidang akhbar pada Khamis.

“Kami memandang serius tuduhan yang dibuat oleh Zulkarnain dan tindakan ini diambil untuk menjaga reputasi Warisan Sepanggar.

“Letter of demand yang dikeluarkan sebagai langkah pertama dalam proses undang-undang. Kami juga akan meminta beliau (Zulkarnain) membuktikan tuduhannya dalam tempoh tujuh hari.

“Sekiranya beliau gagal membuktikan dan memohon maaf secara terbuka, proses saman akan diteruskan.

“Saya akan menuntut saman berjumlah RM100 juta susulan fitnah dan tuduhan yang dilemparkan itu melibatkan nama, reputasi dan imej saya selaku pimpinan Warisan Sepanggar dan parti Warisan secara keseluruhannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan, hari ini.

Dalam sidang akhbar pda Khamis, Zulkarnain mendakwa Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

Itu merupakan satu tuduhan yang serius dan cuba menjatuhkan reputasi Warisan dan pimpinannya.

“Sebagai pemimpin Warisan Sepanggar, saya komited untuk membuktikan ketidakbenaran tuduhan ini melalui proses undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

“Menyebarkan maklumat yang tidak sahih adalah satu kesalahan. Apa lagi membuat laporan polis dan mengadakan sidang akhbar menerusi kenyataan yang di ambil daripada maklumat yang dia tidak periksa kesahihan dan kebenaran. Ini merupakan satu tindakan bodoh yang sebenarnya hanyalah bermotifkan politik.

Jelas beliau, tindakan yang dibuat oleh Zulkarnain itu bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Warisan dan cuba mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kegagalan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mentadbir Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya