FESTIVAL Gagoh- Hencang Pahang 2023 bertema Warisan Melayu Khazanah Dunia di Kuantan berjaya menghimpunkan penggiat budaya untuk berkongsi maklumat berkaitan kebudayaan dan kesenian rakyat negeri ini.
Program anjuran Persatuan Senaman Tua yang diketuai Prof Azlan Ghanie dan Arkib Negara Malaysia Pahang mengenengahkan pelbagai aliran persilatan Melayu, permainan tradisional Melayu, senaman Melayu tua dan bual bicara tentang Mat Kilau oleh penggiat budaya Datuk Aripin Said.
Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan memuji program ini kerana dapat menyubur dan memperkasakan seni budaya Pahang yang kian hilang dari radar generasi muda.
Beliau percaya seni budaya Pahang termasuk seni silat yang menjadi ‘ pakaian’ pahlawan tidak akan hilang jika ada pihak terus menganjurkan program seperti ini. –UTUSAN