Fathia Latiff dan duit RM500 - Utusan Malaysia

Fathia Latiff dan duit RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga tak tahu sama ada nak rasa geli hati atau kekok dengan situasi bila mana pelakon yang tengah hangat dengan kontroversi dia paling cantik daripada Zahirah Macwilson ini kononnya suka meminta duit.

Macam mana Cik Bunga tak keliru. Iyalah, sesekali dengar macam dia cuma bercanda, tetapi kalau dah banyak kali dengar daripada beberapa rakan industri, rasanya macam Fathia ini benar-benar memaksudkannya.

Bayangkan, kalau ada yang mesej Fathia untuk bertanya apa-apa komen ataupun mana-mana rakan media yang mahu menjemputnya ke sesi fotografi, pelakon ini tanpa rasa bersalah minta duit daripada wartawan.

Pula itu, jumlahnya pada setiap kali, mesti RM500. Diulang-ulangnya benda yang sama sahaja bila saat nak minta duit. Macam manalah kita tak rasa pelik. Sebenarnya, hal yang sama juga pernah terjadi pada Cik Bunga.

Fathia pernah juga cakap begitu pada Cik Bunga sampai kita terkesima jua. Hujung-hujung, kita pun malas nak layan.

Selepas itu, ketika kontroversi mengenai dia dan Zahirah ini muncul kini, ada juga Cik Bunga dengar yang dia sengaja mencetuskan ‘perbalahan’ ini di media sosial kerana faktor yang sama. Dia sedang dalam keadaan memerlukan duit, betul kah?

Kalau betul, tak tahulah Cik Bunga hendak cakap macam mana. Cik Bunga tak naklah kata dia terdesak sangat, tetapi adakala tertanya juga, Fathia betul-betul dalam keadaan memerlukan atau bagaimana?

Kalaulah memang sedang memerlukan, bukan cara begitu Cik Bunga rasa. Apa pun, Cik Bunga tahu Fathia masih ada rasional dan ada banyak lagi cara profesional untuk peroleh wang.

Aduhai… kenapalah Fathia jadi macam ini ya sekarang. Sayang sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya