Fabian Loo tunggu 10 tahun dapat restu jadi pelakon - Utusan Malaysia

Fabian Loo tunggu 10 tahun dapat restu jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS 10 tahun, pelakon meningkat naik, Fabian Loo menarik nafas lega apabila penglibatannya dalam dunia lakonan akhirnya direstui kedua orang tuanya. 

Kata Fabian, sepanjang sedekad, dia tidak pernah berputus asa untuk membuktikan kepada ibu bapanya bahawa dia mampu meneruskan hidup dengan hasil kerja lakonan. 

“Saya memang berminat nak jadi pelakon. Cuma awal dulu, mak ayah saya tak yakin bidang ini boleh mendatangkan masa depan yang lebih terjamin untuk saya. 

“Saya lega, lepas 10 tahun, ibu bapa saya sudah mula faham dan terima kehendak saya, lebih-lebih lagi ayah saya sekarang ini lebih terbuka menerima keputusan saya untuk menjadi pelakon. 

“Dia beri kebenaran, asalkan saya tahu apa yang saya lakukan, elak perkara-perkara yang tak sepatutnya saya lakukan dan pandai jaga diri sendiri,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran  lem Rain Town, baru-baru ini. 

Fabian bagaimanapun tidak menafikan untuk bertahan dalam industri drama dan perfileman bukan satu perkara mudah apatah lagi industri ini berdepan ketidak tentuan yang menduga. 

“Kadang ada kerja, kadang tak ada. Tapi kalau kita pandai uruskan masa, guna kelapangan untuk belajar perbaiki diri, kita boleh bertahan dan berjaya dalam industri ini,” katanya yang merupakan pelakon sepenuh masa. 

RAIN TOWN 

Terpilih membintangi  filem Rain Town yang dijangka menemui penonton tahun ini, Fabian bersyukur kerana berpeluang bergandingan dengan nama-nama besar seperti Chew Kin Wah dan Susan Lankester dalam  lem tersebut. 

Katanya, banyak ilmu yang dikongsikan dua pelakon hebat itu sepanjang proses penggambaran  lem tersebut dilakukan. 

“Sebelum masuk set, saya sudah berfikir yang bukan-bukan kerana ada yang menasihatkan agar saya berikan sehabis baik apabila bergandingan dengan pelakon bertaraf otai seperti Chew Kin Wah dan Susan Lankester. 

“Tapi, ketika bekerjasama, saya rasa sangat selesa kerana mereka banyak beri ruang kepada pelakon baru. Kalau mereka tak buat demikian, apa yang saya dah bentuk untuk karakter saya, tak menjadi. 

“Saya hargai sikap mereka yang bagi banyak kebebasan dan selalu berbincang dengan pelakon baru seperti saya. Yang paling penting, mereka tidak kedekut ilmu, selalu berkongsi tips dan nasihat macam mana untuk menelusuri dunia lakonan,” kongsinya. 

BABY FACE 

Mengulas tentang raut wajahnya yang agak keanak-anakan, Fabian tidak menolak perkara itu adakalanya menjadi kelebihan dan kekurangan yang perlu diraikan. 

Namun, dia percaya, wajah baby face yang dimilikinya sebenarnya satu kurniaan yang mendatangkan rezeki dalam dunia lakonan. 

“Saya pernah diminta untuk simpan misai untuk menampakkan wajah yang lebih matang. Namun ia tidak menjadi, malah wajah saya kelihatan pelik apabila bermisai. 

“Kadang kala, ia mendatangkan manfaat sebab saya dibolehkan untuk melakonkan watak yang lebih muda. Jadi itu satu kelebihan untuk saya. 

“Tapi saya tetap akan cuba pelbagai watak. Saya percaya setiap watak ada cabaran sendiri, jadi kena pilih yang benar-benar sesuai dengan diri saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya