ERL dibenar tentu kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran

ERL dibenar tentu kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) dibenar melaksanakan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran selepas menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan antara pihaknya dan Kerajaan Malaysia.

Pelaksanaan kadar tambang itu dijangka memberi peluang untuk ERL berinovasi dalam tambang yang ditawarkan selain menyediakan perkhidmatan efisien dan setimpal dengan kadar tambang yang bersesuaian mengikut permintaan pasaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran itu bakal memanfaatkan kerajaan dan ERL.

Katanya, kerajaan mulai 2029 juga tidak lagi membayar apa-apa bayaran caj atau fi dari sumber pendapatan caj perkhidmatan pelanggan (PSC) kepada ERL dan itu adalah syarat penting yang dipersetujui antara kedua-dua pihak pengendali serta kerajaan.

“Kaedah ini dilihat sebagai a win-win situation. Pengguna juga dapat menikmati tawaran-tawaran perkhidmatan yang lebih baik daripada ERL. 

“Selain itu, kerajaan tetap komited menggalakkan dan menambah baik perkhidmatan alternatif ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mewujudkan persaingan sihat,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjian k konsesi tambahan antara Kerajaan Malaysia dan ERL.

Anthony Loke berkata, menjadi tanggungjawab ERL untuk sentiasa memastikan pencapaian keseimbangan antara pengoptimuman hasil dan penawaran pilihan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna. 

Katanya, ERL perlu memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada di tahap optimum sejajar dengan harga tambang yang dikenakan.

Pada masa sama, beliau mencabar pengendali ERL supaya menggandakan usaha untuk menarik lebih ramai pengguna dan mempromosikan perkhidmatan rel dengan cara yang lebih hebat serta berkesan.

Katanya, masih terdapat ruang yang besar untuk pertumbuhan bilangan penumpang selepas dan sebelum Covid-19.

“Dengan pemulihan sektor pelancongan pasca Covid-19, pihak ERL seharusnya menyasarkan bilangan penumpang yang tinggi pada tahun ini, seboleh-bolehnya tambahan sekurang-kurangnya satu juta penumpang berbanding tahun 2019.

“Menjelang 2026, Malaysia akan meraikan Tahun Melawat Malaysia secara besar-besaran. Negara bakal menerima bilangan pelancong yang ramai. Sektor pelancongan akan tumbuh dengan rancak.

“Mengambil kesempatan ini, saya memanggil semua pihak dalam ekosistem pelancongan negara termasuk ERLSB untuk menumpukan usaha membuat persediaan awal mulai sekarang. Kemudahan-kemudahan di stesen-stesen ERL harus dinaik taraf supaya diberi wajah baharu yang lebih menawan hati pelancong dan pengguna tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya