Enam motosikal terbakar di parkir PPR Paya Nahu

Enam motosikal terbakar di parkir PPR Paya Nahu

G. Muthukumaran (kanan) melihat motosikal miliknya yang terbakar di tempat meletak kenderaan Blok C, PPR Paya Nahu 1, Sungai Petani. -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak enam buah motosikal musnah dalam kebakaran pada pukul 4.17 pagi tadi di tempat meletak kenderaan Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu 1, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit bagi mengawal api sebelum berjaya memadam keseluruhan kebakaran itu.

“Sepasukan 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dan sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian dan apabila sampai kita dapati penduduk sedang menyimbah air untuk memadam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati dua buah motosikal jenis SYM dan Honda EX5 terbakar 85 peratus, manakala empat buah motosikal jenis Honda EX5, Demak DVS, Honda Wave dan SYM terbakar sebanyak 40 peratus.

Beliau berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihaknya.

Sementara itu, seorang pemilik dua buah motosikal yang terbakar, G. Muthukumaran, 32, berkata, dia terkejut apabila mendengar jeritan orang ramai semasa berada di rumahnya di tingkat dua blok berkenaan.

“Saya segera bangun lalu turun ke tempat parkir dan terkejut mendapati dua buah motosikal milik saya iaitu SYM dan Honda EX5 sedang terbakar.

“Kami akan membuat laporan polis dan berharap siasatan dapat dilakukan untuk mengetahui punca kebakaran,” katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kali pertama berlaku di kawasan penempatan mereka sejak dia tinggal di situ. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya