Enam lagi wanita dikait kes ‘hot daddy’ ditahan - Utusan Malaysia

Enam lagi wanita dikait kes ‘hot daddy’ ditahan

Wanita
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Enam lagi wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki tempatan yang menjual video adegan seksnya bersama lebih 20 wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas pada minggu lalu menerusi fasa kedua Operasi (Op) Daddy.

“Siasatan mendapati wanita-wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan. Mereka direman bagi membantu siasatan dan mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video sedemikian,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Sebelum ini, seorang bapa kepada tiga anak yang tular dalam aplikasi X dan popular dengan panggilan ‘hot daddy’ di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam aplikasi itu minggu lalu.

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang menyimpan bahan-bahan pornografi di dalam sebarang gajet termasuk telefon bimbit mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Tidak kira alasan kawan pass (hantar) atau beri, its material, it’s your position (bahan itu dalam milikan kamu),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya