Enam individu beri keterangan kes penemuan dua rangka manusia - Utusan Malaysia

Enam individu beri keterangan kes penemuan dua rangka manusia

MOHAMED Nordin Abdullah (lapan dari kiri) bersama pegawai serta anggota polis pada pelupusan barang kes di IPD Manjung, hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis telah mengambil keterangan daripada enam orang bagi membantu siasatan kes penemuan dua rangka manusia dan cebisan kain yang ditemui atas bumbung bangunan rumah kedai di Sitiawan, kira-kira tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, bagaimanapun polis belum memperoleh petunjuk baharu terhadap kes tersebut.

“Kita masih meneruskan siasatan kes ini dan sehingga kini belum ada perkembangan terbaharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di Seri Manjung, hari ini.

Pada pertengahan Oktober lalu, peniaga dan orang ramai di Jalan Kelab, Sitiawan, dekat sini, gempar apabila dua tengkorak dan tulang manusia dipercayai mangsa bunuh, ditemui di atas bumbung sebuah rumah kedai yang terletak di situ.

Dua tengkorak tersebut ditemui dalam dua beg plastik manakala tulang dipercayai manusia berada di atas bumbung rumah kedai yang bersebelahan cawangan sebuah bank tempatan itu.

Rangka manusia itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat manakala sampelnya dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Penemuan rangka manusia dipercayai warga asing itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya