Enam bidang tumpuan kerjasama strategik KKDW-Felda

Enam bidang tumpuan kerjasama strategik KKDW-Felda

kkdw
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal mengadakan kerjasama strategik memfokuskan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Felda.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak enam bidang yang bakal ditambah baik bagi kemudahan warga peneroka Felda iaitu infrastruktur, modal insan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), usahawan, perladangan dan Program Siap Siaga Felda.

“Apa yang telah kami persetujukan adalah akan mengendalikan kursus TVET yang dikendalikan oleh Felda untuk memberi perhatian kepada generasi ketiga, keempat dan kelima peneroka Felda.

“Kita juga telah bersetuju untuk memberikan pembiayaan kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak cucu peneroka Felda untuk belajar di luar negara menggunakan peruntukan GiatMara untuk menghantar pelajar ke luar negara.

“Begitu juga penambahbaikan infrastruktur, saya akan dapat kelulusan dari kabinet supaya peruntukan yang sedia ada dibawah KKDW dapat digunakan sebahagiannya bagi membantu infrastruktur di Felda.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan mesyuarat Koordinasi KKDW dan Felda di sini hari ini.

Tambah Zahid, adalah adil juga bagi peneroka Felda untuk mendapatkan telekomunikasi 5G di 317 kawasan tanah Rancangan Felda seluruh negara menggunakan komunikasi 5G terutamanya bagi pelajar di sekolah kawasan Felda.

“Banyak lagi keputusan-keputusan lain akan kami perbincangkan dari masa ke semasa dan beberapa keputusan dasar harus dibawa ke kabinet serta pelarasan akta yang perlu dibawa ke ke sana bagi memudahkan pemulihan sosio-ekonomi komuniti Felda,” katanya.

Jelasnya, kerjasama KKDW dan Felda ini juga melibatkan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan beberapa lagi kementerian yang berkaitan untuk membangunkan kawasan Felda.

Dalam perkembangan sama, dua langkah susulan langsung yang telah mendapatkan perkembangan baik adalah kos operasi selenggara bagi lampu jalan Felda sebanyak RM7.7 juta akan mula disalurkan terus melalui peruntukan mengurus Jabatan Perdana Menteri tahun ini.

Selain itu, Felda juga telah mendapat peruntukan sebanyak RM21 juta untuk membuka 12 Pusat Hemodialisis yang baharu bagi menampung keperluan pesakit End-Stage Renal Disease di Rancangan Felda. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya