Empat telaga tiub UMS dalam proses gerudi

Empat telaga tiub UMS dalam proses gerudi

MUSTAPHA Sakmud (tengah) diiringi Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor (kanan) semasa lawatan ke tapak telaga tiub UMS di Kota Kinabalu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang me­lakukan proses penggerudian empat telaga tiub untuk menangani masalah kekurangan bekalan air di universiti berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, berdasarkan taklimat yang dilakukan, difahamkan pihak universiti telah mengenal pasti empat daripada enam telaga tiub yang boleh membekalkan air ke kolej-kolej kediaman pelajar.

“Penggerudian akan dilakukan secepat mungkin untuk memastikan memang ada sumber air bawah tanah mengikut kajian pihak geologi.

“Selepas proses penggerudian kita akan membuat loji penapis dan sistem perpaipan untuk me­nyalurkan air ke kolej kediaman.

“Kita menggesa semua pihak untuk memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut kontrak yang ada dan kita cuba beri keutamaan kepada projek ini. Kita meletakkan projek ini sebagai keutamaan memandangkan masalah ini mendapat perhatian Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tinggi,” katanya semasa melawat tapak penggerudian telaga tiub di UMS, semalam.

Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, perkembangan projek itu harus diberikan setiap minggu bagi membolehkan laporan mingguan dibentangkan dalam mesyuarat kementerian.

Menurutnya, peruntukan RM3 juta yang diluluskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah bagi menggali enam telaga tiub. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya