Empat anggota polis ditahan terlibat kes pemerasan

Empat anggota polis ditahan terlibat kes pemerasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat pemerasan di hadapan sebuah pangsapuri di Kepong, di sini, pada Khamis lalu.

Ini susulan laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan pada 2.55 petang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan empat anggota lelaki berusia 28 hingga 41 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes dilaporkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Allaudeen berkata, pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur turut menjalankan siasatan berhubung keengganan anggota menerima laporan daripada orang awam.

Beliau berkata, polis memandang serius perbuatan terbabit dan akan mengambil tindakan tegas kepada anggota yang didapati berbuat demikian.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan pihaknya tidak melindungi individu termasuk pegawai yang melakukan kesalahan.

Beliau meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan kegusaran awam.

Kelmarin, media melaporkan seorang lelaki mendakwa ditahan empat anggota polis ketika di sebuah pangsapuri di Kepong pada 23 Disember lalu. 

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diperiksa Mykad selain polis menuntut untuk melihat telefon bimbit.

Bagaimanapun, dia yang bekerja dalam industri automotif mendakwa polis menuduh dia sebagai ceti kerana mempunyai rekod butiran pelanggan selain dituduh terlibat perjudian haram. 

Lelaki terbabit menafikan tuduhan namun diugut dengan pendakwaan mahkamah dan penjara selain menuntut RM10,000 sebagai balasan menyelesaikan masalah itu. 

Selepas membuat pindahan wang awal RM1,000 sebelum menyerahkan wang tunai RM9,000 kepada anggota berkenaan. 

Berikutan itu, lelaki tersebut turut mendapatkan bantuan pembantu Ahli Parlimen Kepong yang menasihatinya membuat laporan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya