Empangan Air Itam menurun ke paras 33.7 peratus

Empangan Air Itam menurun ke paras 33.7 peratus

Kapasiti efektif Empangan Air Itam di Pulau Pinang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penurunan kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus adalah berpunca daripada musim panas dan kering yang telah bermula pada masa ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K. Pathmanathan berkata, penyusutan paras air Empangan Air Itam juga disebabkan air dari empangan itu turut digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau selepas paip bawah air di dasar Sungai Perai pecah pada awal bulan ini.

”Penyusutan air di empangan Air Itam adalah disebabkan musim kering dan penggunaan air tinggi, namun penyusutannya agak mendadak.

”Ini kerana empangan Air Itam ini kita gunakan airnya untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat pukul 5 petang tadi, paras air empangan Air Itam menurun sehingga 37.7 peratus, berbanding empangan Teluk Bahang yang mencatat paras 88.1 peratus manakala empangan Mengkuang pula berada pada paras 90.1 peratus.

Menurut Pathmanathan, PBAPP akan memuktamadkan langkah yang bakal diambil untuk meningkatkan kapasiti air di empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip merentasi Sungai Perai dapat disempurnakan.

”Sekarang ini kita perlu pastikan kerja-kerja di Sungai Perai selesai, pada masa sekarang kita belum ambil apa-apa keputusan lagi (berhubung empangan Air Itam).

”Kita pernah syorkan sebelum ini untuk laksanakan pembenihan awan bagi penuhkan semula empangan Air Itam kerana ia adalah langkah yang paling efektif,” katanya.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya