Elak pembaziran makanan, penggunaan plastik sepanjang Thaipusam - Utusan Malaysia

Elak pembaziran makanan, penggunaan plastik sepanjang Thaipusam

N.V SUBBAROW (kiri) ketika menjalankan kempen mengurangkan penggunaan plastik dan mengelak pembaziran makanan sepanjang Thaipusam, di Jalan Kebun Bunga, George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang menganggarkan sekurang-kurangnya 50 tan makanan dibuang setiap tahun semasa Thaipusam berlangsung.

Sehubungan itu, Pengawai Pendidikan CAP, N .V. Subbarow berkata, pihaknya menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghidangkan makanan percuma kepada penganut Hindu mengurangkan pembaziran makanan.

”Kami menggesa orang ramai untuk mengurangkan saiz makanan yang disajikan bagi mengurangkan pembaziran makanan.

”Kami juga menyeru pihak pengurusan semua kuil di seluruh negara yang menyambut Thaipusam supaya menghapuskan penggunaan plastik dan bekas makanan polistirena semasa menghidangkan makanan kepada penganut,” katanya di sini hari ini.

N.V SUBBAROW (dua dari kanan) ketika menjalankan kempen mengurangkan penggunaan plastik dan mengelak pembaziran makanan sepanjang Thaipusam, di Jalan Kebun Bunga, George Town, Pulau Pinang, hari ini.

Thaipusam pada tahun ini akan disambut pada 25 Januari depan.

Menurutnya, selain mengurangkan pembaziran makanan, CAP juga menyeru penganut Hindu mengelak daripada menggunakan plastik sepanjang sambutan Thaipusam berlangsung.

Katanya, peningkatan sisa plastik menjadikan isu pencemaran menjadi lebih kritikal jika lebih ramai menggunakan bahan itu ketika Thaipusam nanti.

“Para penganut Hindu perlu mengurangkan penggunaan plastik dan tindakan ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar.

“Ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik ini membimbangkan orang ramai. Akibatnya, ramai yang tidak menyedari plastik adalah musuh senyap kepada manusia,” katanya.

Tambah beliau, CAP juga menyeru organisasi yang mendirikan ‘thaneer panthal’ (gerai minuman dan makanan) yang menyajikan makanan dan minuman percuma untuk mengelak daripada menggunakan plastik atau bekas polistirena dan cawan plastik semasa Thaipusam.

”Sebaliknya, mereka perlu menggunakan pilihan yang lebih selamat seperti menggunakan pinggan dan cawan kertas.

“Terdapat cara yang lebih selamat dan lebih baik untuk menghidangkan makanan yang tidak akan membahayakan orang lain dan alam sekitar.

”Banyak pilihan termasuk pinggan dan bekas serta cawan kertas, beg boleh guna semula dan pinggan yang diperbuat daripada daun yang tidak berbahaya boleh digunakan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya