Ejen syarikat perkapalan Petronas didakwa seleweng diesel RM12 juta kena tahan

Ejen syarikat perkapalan Petronas didakwa seleweng diesel RM12 juta kena tahan

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu sindiket penyelewengan minyak diesel membabitkan pembekalan kepada kapal marin yang beroperasi dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aktiviti berkenaan dikesan giat berlaku di Pantai Timur sejak 2021 dengan kerugian mencecah RM12 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan JSJK hasil pemerhatian awal oleh bahagian siasatan dalaman Petronas.

Kata beliau, modus operandi sindiket itu adalah memindahkan dan menjual diesel dari kapal yang dikesan melalui rekod Vessel Fuel Monitoring System (VFMS) yang terdapat pada kapal.

“Bertindak atas siasatan itu, pasukan JSJK menjalankan operasi khas pada Julai dan Oktober lalu.

“Seramai 27 individu daripada pelbagai sektor perkapalan termasuk anak kapal ditahan dalam siri serbuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan Seksyen 414 kanun sama.

“Setakat ini seramai dua individu sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas empat pertuduhan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya