e-mel guru kena godam?

e-mel guru kena godam?

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pangkalan data bagi portal Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) didakwa berhadapan serangan daripada penggodam sehingga menyebabkan sejumlah guru kehilangan akses terhadap akaun mereka.

Platform pembelajaran dalam talian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) itu dikatakan diserang penggodam secara berperingkat dengan menukar kata laluan akaun guru-guru dan menggunakan ia untuk tujuan peribadi.

“Sekiranya e-wallet, akaun Shoppee atau Lazada cikgu-cikgu mnggunakan e-mel Kementerian Pendidikan sila set semula kata laluan dengan kadar segera. Jangan gunakan akaun tersebut untuk sebarang urusan dalam talian melibatkan duit.

“Penggodam beli permainan dalam talian, dan bayar menggunakan e-wallet cikgu-cikgu,” kata mesej yang tular melalui aplikasi Whatsapp.

Utusan Malaysia cuba menghubungi pihak Kementerian Pendidikan  bagi mendapatkan pengesahan terhadap dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, presiden Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan mengenai dakwaan tersebut.

“Saya semak akaun saya, masih berada dalam keadaan baik. Tiada masalah dan setakat ini belum ada aduan daripada guru ataupun ahli iGuru. Saya masih tengah menunggu maklumat lanjut” katanya ketika dihubungi.

Senada dengan itu, setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, beliau turut tidak menerima aduan daripada rakan guru lain mengenai serangan penggodam tersebut.

“Teknologi memang ada kelemahan tetapi pengguna harus meminimum n kekurangan dan kelemahan tersebut. Bergantung 100 peratus kepada teknologi adalah amat berbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan teknologi tersebut. 

“Ini harus diterima kerana KPM bergantung kepada sumber percuma iaitu google sedangkan organisasi besar yang menggunakan platform sendiri pun tetap digodam oleh hackers. Dari segi psikologi penggodam ini, mereka seronok melihat respons daripada pihak-pihak yang disasarkan mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya