Dua opsyen tangani masalah paip bocor di Sungai Perai

Dua opsyen tangani masalah paip bocor di Sungai Perai

CHOW Kon Yeow (kiri) meninjau kawasan tapak paip gantian bagi merentasi Sungai Perai di Seberang Perai, Pulau Pinang, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mempertimbang dua opsyen bagi memastikan pengguna yang terjejas memperoleh bekalan air semula susulan kejadian paip bawah permukaan air yang pecah di dasar Sungai Perai, dekat sini petang semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, opsyen pertama melibatkan kerja-kerja membaiki paip bocor itu yang dijangka mengambil masa 24 hingga 48 jam.

”Pakar penyelam yang telah dimobilisasi dapat melakukan penilaian terhadap paip di bawah air dan sekiranya keadaan mengizinkan, mereka dapat membaiki paip yang bocor ini.

“Kerja ini jika sesuai dijalankan ia boleh disiapkan dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam, ini pilihan pertama yang kita ada,” katanya selepas meninjau kawasan Sungai Perai, dekat sini malam tadi.

Semalam, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan, pihaknya telah mengesan kebocoran besar pada bahagian saluran paip 1,350 milimeter (mm) di dasar Sungai Perai yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di negeri ini.

PBAPP memaklumkan,  pihaknya sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum. Langkah itu mungkin membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

Menurut Kon Yeow, pilihan kedua pula adalah mempercepat pemasangan paip alternatif yang sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa lima hingga enam hari.

”Kerja ini sedang dilaksanakan dan dijangka mengambil masa lima hingga enam hari lagi untuk siapkan pelencongan dan penyambungan paip gantian supaya bekalan air dapat disambungkan kepada pengguna,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi  PBAPP berkata, setelah penilaian dibuat, pihaknya akan memaklumkan kepada pengguna mengenai pilihan mana yang sesuai untuk membaiki masalah kebocoran itu.

”Setelah penilaian dibuat, baru kta tahu sama ada kerja-kerja membaiki kebocoran paip bawah air dapat dilakukan atau kita perlu percepatkan lagi kerja-kerja paip lencongan supaya ia dapat disiapkan dengan lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PBAPP telah menggerakkan lori-lori tangki untuk menyediakan bekalan air kepada pengguna yang terjejas di daerah Barat Daya.

“Sementara menunggu kerja-kerja ini siap PBAPP telah mobilisasikan lori-lori tangki, tangki-tangki statik dan pasukan bomba sukarela untuk membantu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya