JERANTUT: Keputusan Felda untuk mewujudkan kembali Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) di 317 tanah rancangan seluruh negara menimbulkan polemik dalam kalangan warganya. Ini kerana kebanyakan tanah rancangan sudah menyelesaikan hutang bayaran pembangunan dan mendapat surat hak milik tanah serta sudah pun menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Apa dibimbangi mereka, penubuhan kembali JKKR di samping JKKK bagi mentadbir kampung akan mewujudkan pertentangan pendapat seperti ‘kapal dua nakhoda’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Kampung Felda Jengka 6, Saharuddin Lela, 66, berkata, tiada jaminan pengurusan dan pentadbiran kampung dalam rancangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya