Dua kontraktor cemas terjatuh ke laut bot dibadai ombak - Utusan Malaysia

Dua kontraktor cemas terjatuh ke laut bot dibadai ombak

Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI/pix
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Dua pekerja kontrak berdepan detik cemas selepas terjatuh ke laut selepas bot dinaiki dibadai ombak dalam kejadian di Muara Kuala Setiu di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, kedua mangsa bersama tujuh penumpang termasuk tekong dalam perjalanan masuk ke Muara Kuala Setiu.

“Ketika tiba di lokasi kejadian kedua-dua mangsa yang berada di bahagian hadapan bot telah terjatuh ke laut selepas dibadai ombak.

“Bagaimanapun mangsa sempat diselamatkan oleh pekerja-pekerja yang menaiki sebuah lagi bot pelancong yang berada di belakang bot terbabit dan dibawa ke jeti berdekatan,” katanya, di sini, hari ini.

Katanya,.kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dirawat sebagai sebagai pesakit luar di Hospital Setiu.

Dalam pada itu Afandi berkata, orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di laut ekoran keadaan ombak bergelora dan sentiasa memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya