Dua keluarga bergaduh barang halang laluan gerai

Dua keluarga bergaduh barang halang laluan gerai

INSIDEN kekecohan pergaduhan di gerai makanan sekitar Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Laluan dihalang barangan menjadi punca dua keluarga bergaduh sesama sendiri ketika berniaga di gerai makanan sekitar Kompleks Sukan Pandamaran di sini, Ahad lalu.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu tular menerusi video yang memaparkan aksi pergaduhan sehingga menimbulkan kekecohan di lokasi berkenaan, namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Foong berkata, siasatan mendapati ketika kejadian seorang wanita berusia 28 tahun bersama tiga ahli keluarganya membuka beberapa gerai di kawasan tersebut.

Menurutnya, terdapat laluan antara dua gerai itu bagaimanapun dihalang dengan barangan ibu saudara wanita berkenaan.

“Ibu wanita itu kemudian menegur sebelum berlaku pergaduhan mulut yang membawa kepada insiden tolak-menolak antara ahli keluarga.

“Namun, pergaduhan itu dileraikan oleh ahli keluarga dan peniaga gerai berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Hoong Foong, pihaknya merekodkan keterangan enam individu berusia 16 hingga 51 tahun yang terlibat dalam pergaduhan itu.

“Kesemua mereka sudah berdamai secara baik dan tidak mahu meneruskan proses siasatan. Polis turut menasihatkan mereka supaya tidak mengulangi perkara sama kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, orang awam turut dinasihatkan tidak menyebarkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya