Dua beradik didakwa bunuh guna senjata

Dua beradik didakwa bunuh guna senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus-Jalan Ungku Puan di sini, Oktober lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, P. Jagdeeshraj, 20, dan Vasantharaj, 21, hanya mengangguk tanda faham. Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua beradik berkenaan bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd. Latif, 25, di persimpangan Jalan Trus-Jalan Ungku Puan di sini, pukul 1.08 pagi, 27 Oktober lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun berserta tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian mene­tapkan 6 Mac depan sebagai sebutan semula kes terhadap kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, mangsa ditemukan maut dengan kesan tetakan di beberapa bahagian tubuhnya termasuk kepala, bahu kiri, punggung, lengan kiri dan pergelangan tangan kiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN