Dolomite bantu suburkan tanah

Dolomite bantu suburkan tanah

YONG Norita Ahmad, menunjukkan Dolo-Air yang lebih fleksibel untuk memulih dan menyuburkan tanah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​SERDANG : Menyedari kesuburan tanah antara faktor utama kejayaan tanaman mengeluarkan hasil yang baik atau sebaliknya, seorang usahawan wanita menjalankan kajian menghasilkan formula mengembalikan kesuburan tanah walaupun telah digunakan secara berulangan yang diberi jenama Dolomite

Yong Norita Ahmad, 56,  yang juga Pengarah Urusan,  Perlis Dolomite Industries  (PDI) Sdn. Bhd berkata, tanah yang telah digunakan berulang kali menyebabkan keasidan tanah meningkat sekali gus mengurangkan kesuburannya.

“Kesuburan dan kesesuaian tanah untuk tanaman diukur melalui julat pH (tahap kemasaman) yang bersesuaian  dengan tanaman tertentu. Contohnya, tanah yang mempunyai pH 5.5 dan ke bawah mengandungi keasidan tinggi dan masam, gagal menyerap nurtien yang dibekalkan oleh baja dan menyebabkan kerugian kepada golongan petani.

“Bagaimanpun keadaan tanah dengan pH yang tinggi  sama ada masam atau berasid  boleh dirawat dan dipulihkan menggunakan dolomite. Ia sejenis batuan karbonat yang mengandungi kalsium dan magnesium karbonat. Penggunaan dolomite dalam pertanian lazim dikaitkan dengan usaha pemulihan kesuburan tanah dan pengurangan keasidan tanah. Hasilnya tanaman lebih mudah menyerap nutrien seperti fosforus, nitrogen, dan kalium. Bila proses ini berlaku, pokok atau tanaman dapat tumbuh dengan subur dan baik,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Dolo-Air di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini baru-baru ini. Dolo-Air adalah alternatif terbaharu kepada produk dolomite yang telah diusahakan oleh PDI sejak 4 tahun yg lalu.
Pelancaran telah disempurnakan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makananan, Dr. Sukati Sakka.

Yong Norita yang telah menceburi bidang penternakan dan pertanian hampir 22 tahun lalu menambah, bagi jangka masa yang panjang, dolomite juga membantu kesan positif terhadap struktur tanah. Melalui cara pengunaan yang betul, dolomite membantu dalam pembentukan agregat tanah akan meningkatkan keupayaannya menahan air dan udara  sekaligus menyediakan medium terbaik untuk tanaman.

“Buat masa sekarang, PDI mengeluarkan dolomite 100mesh dalam keadaan serbuk halus dan mudah diserap ke dalam tanah dengan lebih efisen. Kesan penggunaan dapat dilihat dalam tempoh dua minggu apabila warna daun dan pucuk baru tumbuh dengan lebih lebat.

“Petani digalakkan menggunakan dolomite untuk jangka panjang bagi mengekalkan pH tanah sekaligus menjaga kesuburan tanah pada tahap yang terbaik. Kadar kalsium dan magnesium yang tinggi  dalam dolomite menggalakkan pokok menyerap mineral tambahan untuk proses tumbesaran yang baik , menambah daya tahan pokok dan meningkatkan hasil pengeluaran,” katanya.

Menyentuh mengenai produk baharu yang dilancarkan, Yong Norita memberitahu, berdasarkan kajian berterusan Dolo-Air adalah solusi kepada petani untuk membantu meningkatkan  hasil pertanian dalam masa yang lebih pantas.

Berbeza dengan dolomite dalam bentuk serbuk, lebih berat dan menyukarkan petani lebih berusia mengangkatnya, produk baharu ini dalam medium cecair lebih ringan dan pratikal.

“Produk baharu ini dihasilkan menggunakan teknologi dan mesin pengilangan yang rumit untuk mengekalkan kebaikan dan kandungan mineral yang tinggi. Penggunaannya ratio 1:20 yang mana pati Dolo-Air perlu ditambah air untuk penggunaan.

“Ia juga mudah diserap terus kedalam tanah dan sesuai untuk semburan terus ke pokok dan daun tanaman malah sesuai juga untuk tanaman fertigasi yang berasaskan polybag dan sebagainya. Kandungannya kekal dengan mineral semulajadi yang selamat digunakan kepada manusia dan haiwan, ditawarkan dengan harga RM30 per liter.

Untuk maklumat lanjut, hubungi hubungi, Yong Norita di talian , 012-2065666 –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya