Doakan kami - Inteam sertai misi kemanusiaan di Lubnan - Utusan Malaysia

Doakan kami – Inteam sertai misi kemanusiaan di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kumpulan Inteam kini berada di Lubnan bagi menyertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk 2024 yang digerakkan sejak minggu lepas.

Tiga anggotanya, Mohd Syahril, Abdul Rahim dan Muhammad Hazamin yang merupakan salah satu ikon kemanusiaan rasmi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berangkat ke negara itu sejak 11 Januari lalu bersama jurugambar, Aminurrasyid.

Syahril dalam kenyataan berkata, penglibatan mereka dalam misi berkenaan adalah untuk mengedarkan bantuan kepada pelarian Syria di sana yang kini berdepan cabaran ekoran cuaca sejuk.

“Kami akan mengedarkan bantuan-bantuan musim sejuk berupa makanan panas dan barangan dapur, roti, pakaian dan kelengkapan lain termasuk selimut serta minyak diesel dan bahan bakar kepada penghuni khemah-khemah pelarian,” ujar Syahril.

Hazamin dalam pada itu memberitahu misi tersebut pada kali ini akan menumpukan kawasan perkhemahan di Arsaal sekitar AlBeeqa’ yang bersempadan dengan Syria.

“Ini merupakan misi ketiga yang disertai Inteam bersama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang mana kali pertama dan kedua dahulu kami mengedarkan bantuan musim sejuk di perkhemahan A’azaz bersempadan dengan Turki,” kongsinya.

Ditanya mengenai isu keselamatan di Beirut, Lubnan, Abdul Rahim memaklumkan pihaknya telah merujuk kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan tentang perkara tersebut.

“Kami telah membuat semakan kepada URDA (Union of Relief and Development Associations) berkenaan keadaan di sana.

“Pihak mereka akan memastikan keselamatan delegasi ini sepanjang di Lubnan dijaga baik. Doakan kami agar dapat menjalankan misi ini dengan jayanya dan mencapai objektif,” katanya.

Terdahulu, Misi Kemanusiaan Musim Sejuk 2024 disertai kumpulan Nasyid UNIC dan Qariah Farhatul Fairuzah yang berangkat lebih awal pada 5 Januari lepas.

Masyarakat boleh melayari laman web www.peduliinsan.org dan media sosial Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bagi Sebarang maklumat mengenai aktiviti dan sumbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya