Dituduh plagiarisme dan rasis: Presiden Universiti Harvard

Dituduh plagiarisme dan rasis: Presiden Universiti Harvard letak jawatan

CLAUDINE GAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Universiti Harvard meletak jawatan selepas dituduh melakukan plagiarisme serta tindak balasnya terhadap anti-semitisme di kampus pada waktu konflik Israel-Hamas.

Claudine Gay dikritik sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas timbul laporan yang mendakwa dia tidak memetik sumber ilmiah dengan betul. 

Gay juga diselubungi skandal selepas enggan menyatakan dengan tegas sama ada menyeru pembunuhan beramai-ramai Yahudi akan melanggar tatakelakuan Harvard semasa memberi keterangan kepada Kongres bersama ketua MIT dan Universiti Pennsylvania bulan lalu.

Gay, yang mencipta sejarah sebagai orang kulit hitam pertama yang menjadi presiden universiti besar di Cambridge, Massachusetts, berkata, dalam surat peletakan jawatannya bahawa dia dikenakan ancaman peribadi dan permusuhan kaum.

Lebih 70 penggubal undang-undang, termasuk dua dari parti Demokrat, menuntut beliau meletak jawatan manakala beberapa alumni dan penderma Harvard berprofil tinggi turut menggesa beliau melepaskan jawatan itu.

Namun, lebih 700 ahli fakulti Harvard menandatangani surat menyokong Gay.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya