Dengar suara rakyat tolak asrama pekerja asing - Utusan Malaysia

Dengar suara rakyat tolak asrama pekerja asing

SEBAHAGIAN daripada lebih 1,000 penduduk tempatan, pemimpin politik dan NGO berhimpun bagi membantah cadangan projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus mendengar suara hati rakyat yang menolak pembinaan asrama pekerja asing di kawasan Teluk Kumbar.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow perlu lebih berperikemanusiaan dalam menangani isu tersebut.

OH TONG KEONG

”Kerajaan negeri tidak patut sekadar melihat kepada segala urusan permohonan projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

”Tetapi juga harus mendengar suara hati rakyat yang disampaikan melalui satu demonstrasi yang diadakan penduduk Teluk Kumbar baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman Sabtu lalu, bagi membantah serta mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, berdasarkan kelulusan yang telah diperakukan di Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, dianggarkan seramai 32,680 pekerja warga asing akan ditempatkan di kawasan Teluk Kumbar.

Menurutnya, maklum balas daripada kerjaan negeri setakat ini seolah-olah menunjukkan langsung tidak ingin membuat pertimbangan yang mesra dan berorientasikan rakyat.

“Keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini adalah amat tidak adil kepada rakyat di Teluk Kumbar.

”Ini kerana kerajaan negeri tidak memandang serius kesan ke atas keselamatan dan kehidupan rakyat di Teluk Kumbar apabila kawasan itu dibanjiri pekerja asing,” katanya.

Tambahnya, penduduk di Teluk Kumbar yang berhak mengundi, merupakan rakyat negeri ini, justeru kerajaan negeri harus memberi perkhidmatan dan mengutamakan kebajikan mereka, bukannya pekerja asing atau majikan pekerja asing.

“Sebarang rancangan pembangunan yang bakal dijalankan di negeri ini perlu dibuat pertimbangan dan keputusannya berdasarkan beberapa kriteria.

”Contohnya sama ada rancangan itu akan memberi impak kepada kehidupan harian, persekitaran, kesihatan dan keselamatan rakyat tempatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya