Dendam dengan Aiman tapi kutuk Zahirah, netizen anggap Fathia belum move on? - Utusan Malaysia

Dendam dengan Aiman tapi kutuk Zahirah, netizen anggap Fathia belum move on?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan pelakon, Fathia Latiff yang menyamakan wajah Zahirah Mcwilson seperti bibik mengundang tanda tanya segelintir warganet adakah aktres itu masih belum move on daripada kisah percintaan lamanya dengan aktor, Aiman Hakim Redza.

Fathia yang meluahkan pendapat tersebut secara langsung di TikTok didakwa kelihatan seperti mempunyai masalah kesihatan mental dan kecelaruan fikiran sehingga berani mengeluarkan pelbagai spekulasi yang mengaitkan bekas teman lelakinya itu.

“Fathia Latiff ini dendam dengan Aiman tapi kutuk Zahirah,” komen seorang netizen.

“Ada juga ya perangai belum move on macam awak. Zahirah buka bibik pun jadi model jenama antarabangsa, kau ada? Fathia, just move on and live a life,” tambah seorang lagi pengguna aplikasi X.

Video yang tular di media sosial itu terus mendapat perhatian warganet yang menganggap dendam Fathia terhadap bekas teman lelakinya itu masih belum terkubur dan dikatakan masih menagih perhatian.

Dalam video tersebut, pelakon Ariana Rose itu turut meluncurkan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan Zahirah melakukan pembedahan kosmetik di bahagian bibir dan mencetus spekulasi Aiman yang dikhabarkan tidak berduit.

Malah, Fathia dengan yakinnya mendakwa dia lebih cantik berbanding Zahirah dan bersyukur tidak berjodohan dengan Aiman yang bergelar suami kepada Zahirah pada 20 Februari 2020.

“Dan ayah dia (ayah Zahirah) macam seorang pelakon yang tak terkenal. Followers dia (Zahirah) bergabung pun tak boleh lawan followers saya.

“Saya tahu dia buat sesuatu pada bahagian bibirnya di Australia. Jangan nak nafikan yang saya jauh lebih cantik berbanding dia (Zahirah).

“Terima kasih Tuhan kerana dia (Zahirah) kini bersamanya (Aiman) sebab saya pun tak nak kat Aiman.

“Aiman doesn’t even have money . Apa je dia buat? Kalian ingat anak Datuk kaya ke? Mereka pun pinjam duit daripada orang lain,” dakwanya lagi.

Tidak cukup itu, aktres yang sering kali terkait kontroversi itu turut mendakwa pernah digugurkan daripada menghadiri sebuah acara fesyen gara-gara dua individu yang tidak disebut nama.

“Saya dah siap bersiap nak pergi acara (Versace) tempoh hari namun disebabkan dua katak dan kodok itu, nama saya digugurkan. Betapa bodohnya perkara itu,” sindirnya.

Untuk info, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza namun percintaan mereka berakhir pada Disember 2015.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya