Dedah kemurungan, Syada Amzah mimpi akhiri hidup - Utusan Malaysia

Dedah kemurungan, Syada Amzah mimpi akhiri hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berhasrat untuk membantu individu yang pernah melalui episod kemurungan dalam hidup, penyanyi, Syada Amzah mendedahkan pernah berkurung dalam bilik selama berminggu-minggu kerana hilang semangat dalam hidup.

Dedah Syada lagi, dia juga pernah beberapa kali mengalami mimpi aneh berkaitan kematian seolah-olah cara mudah untuk mengakhiri kehidupan.

“Beberapa tahun lalu, saya diuji dengan kemurungan sampai mengurung diri berminggu-minggu. Jadi tidak bermaya dan sentiasa rasa kurang bermotivasi. Banyak sangat berfikir, sampai bawa ke mimpi.

“Saya bermimpi cara meninggal dunia. Mimpi itu berlarutan selama berbulan-bulan, seolah-olah memberi idea kepada bagaimana cara mahu mati,”katanya.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi, Shila Amzah itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak mahu terlalu bergantung kepada rawatan dan memilih untuk tidak mendapatkan bantuan pakar kesihatan mental.

“Saya bukan pakar tapi saya mahu berkongsi cara untuk kita sama-sama membantu mereka yang keadaan mentalnya tidak stabil.

“Mungkin kamu boleh rajin bertanya khabar. Kalau ada masa lebih, dengarlah luahan hatinya, apa yang mengganggu dia. Biar dia rasa lega.

“Sebab bila kita rasa tidak stabil, rasa sunyi dan takut itu perkara normal. Sangat penting untuk tidak membiarkan mereka menyendiri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya