Dari pemuda kampung kepada selebriti serba boleh - Utusan Malaysia

Dari pemuda kampung kepada selebriti serba boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT tentang penghibur serba boleh, tentu nama penggiat seni ini antara yang selalu dipetik. 

Mana tidaknya, Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin artis yang cemerlang, mampu berlakon, melawak, menyanyi dan mengacara. 

Kelebihan itu membuatkan beliau terus bertahan dalam industri seni sampai ke hari ini meskipun sekarang tidak seaktif dahulu. 

Figura yang mesra disapa sebagai Pak Su ini pada awalnya mencipta nama menerusi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994. 

Namun, anak kelahiran Kubu Gajah di Selama, Perak ini asalnya seorang pemuda kampung yang membantu abangnya menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu keluarga. 

“Saya dibesarkan pada era 60-an. Hidup cara kampung, sempat merasakan keseronokan mandi air telaga dan tiada kemudahan bekalan elektrik. 

“Keluarga kami ketika itu hidup serba kekurangan. Tak ada televisyen atau radio, pergi sekolah hanya berjalan atau naik basikal. 

“Boleh kata, zaman itu tak ada apa. Jauh beza dengan sekarang. Yang lahir zaman sekarang perlu bersyukur dengan segala kesenangan yang ada,” kongsinya. 

Shamsul pernah berkhidmat sebagai anggota polis dan sempat menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah) Bahau, Negeri Sembilan selama enam bulan pada 1990. 

Kesungguhan beliau menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan terbayar apabila pelakon berusia 55 tahun ini diangkat sebagai juara program tersebut.

SENARIO

SHAMSUL ialah antara pengasas kumpulan Senario bersama enam sahabatnya termasuk arwah Hamdan, Ilya, Lan Pet Pet, Azlee, Wahid dan Farouk Hussain. 

Beliau bagaimanapun mengikut langkah Farouk, meninggalkan kumpulan tersebut pada 998. 

Shamsul ketika ditemui baru-baru ini menjelaskan tentang pengunduran beliau dari kumpulan itu yang selama ini disalah erti dan dibelenggu kekeliruan. 

“Ramai bertanya, kenapa saya keluar Senario? Orang tak tahu, bukan kehendak saya untuk keluar. 

“Saya terpaksa gara-gara con ict of interest antara label yang menaungi saya, Universal dengan Ambang Klasik ketika itu. 

“Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, saya tak pernah mengesahkan saya keluar daripada Senario,” ujarnya.

ARWAH HAMDAN DI MATA PAK SU

“SAYA sebenarnya tak boleh move on.” 

Itu jawab Shamsul, apabila disoal tentang pemergian sahabatnya, Hamdan Ramli yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah. 

Katanya, mereka terlalu akrab, sehingga sukar untuk beliau melupakan memori yang dicipta bersama arwah. 

“Saya sedih kerana tidak berpeluang menghadiri pengebumiannya disebabkan urusan kerja. Kami selalu live bersama-sama di TikTok. Saya tidak pernah tahu dia sakit, begitu juga dengan dia yang tak tahu dirinya sakit. 

“Memang terasa kehilangan beliau. Masakan tidak, dulu kami kerja bersama, makan tidur bersama, kutuk mengeji sama-sama,” jelasnya. 

Kata Shamsul terlalu banyak kenangan manis bersama arwah yang disimpannya sampai ke hari ini. 

“Dan banyak pencapaian yang kami raih bersama. Kenangan pahit terlalu sedikit, dan saya tak mahu kenang. 

“Kematian arwah mengingatkan saya betapa singkatnya usia kita. Bila-bila sahaja nyawa kita ditarik,” kongsinya.

(UNDATED FILE) – SHAMSUL AZHAR ATAU GHAU-GHAU.

HIDAYAH

HIDAYAH milik Allah. Penghijrahan Shamsul menjadi insan yang lebih baik benar-benar memberi inspirasi dan menginsafkan. 

Nyata kita melihat Shamsul kini semakin giat diundang berceramah selain aktif mengajak membaca al-Quran di laman sosial. 

Cerita Shamsul, beliau menerima hidayah semasa melaksanakan umrah kedua beberapa tahun lalu. 

Beliau mengakui dirinya sebelum itu jahil dan fakir dan disebabkan itu, beliau masih menuntut ilmu agama sehingga sekarang. 

“Nak buat solat sunat, saya tak tahu yang mana. Nak melakukan tawaf juga terasa penat. Jadi saya buat yang paling mudah iaitu melihat Kaabah. 

“Dalam saya duduk memandang Kaabah, Allah SWT timbulkan dalam  kiran saya macam-macam persoalan tentang akhirat,” kongsinya. 

“Dalam tangisan saya panjatkan doa, minta diampunkan dosa, diizinkan berumah tangga, direzekikan anak yang soleh dan solehah, tinggal berdekatan masjid dan kembali mengaji al-Quran seperti dulu,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya