Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta, minta dibicara

Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar 70 harta, minta dibicara

DAIM Zainuddin tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan gagal mengisytiharkan harta. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebentar tadi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan 70 hartanya.

Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset, seperti dikehendaki oleh agensi tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada 24 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Daim.

Bagaimanapun, prosiding itu tertangguh selepas Daim dimasukkan ke hospital sekitar minggu kedua Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya