Dadah: Bekas anggota polis antara lapan ahli Geng Upik diburu

Kartel dadah: Bekas anggota polis antara lapan ahli Geng Upik diburu

AYOB Khan Mydin Pitchay (dua, kanan) bersama pegawai kanan polis menunjukkan wajah lapan suspek yang kini diburu dipercayai ahli sindiket dadah terbesar di Sabah pada sidang kakhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu lapan termasuk seorang bekas anggota polis dipercayai ahli sindiket dadah terbesar di Sabah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu tersebut dikenal pasti sebagai Haibil Kiraman (Haibil), 48, merupakan bekas anggota polis yang kali terakhir dilihat di Tawau, Sahairul Din Sabudin (Bantayan), 37, dan Absar Musa (Absar) 37.

Katanya, lima lagi individu yang terdiri daripada empat rakyat Filipina dan seorang wanita Indonesia dikenal pasti sebagai Hasan Syamsuddin (Nas Botak), Joel Edwin (Dedek), Muhammad Sing Harun Musa (Thambi), Manan Ungok (Mike) dan Rohani Mohd. Yunus (Karisa).

“Kesemua individu itu dipercayai terlibat dalam sindiket dadah, Geng Upik dan kali terakhir dilihat di sekitar Sabah.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan lapan suspek diburu ini diminta menyalurkan kepada balai polis berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Ayob berkata, tiga lagi ahli sindiket tersebut termasuk seorang wanita yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah Geng Upik akan dituduh di mahkamah pada 1 Mac ini.

Menurutnya, tiga individu yang berusia 25 hingga 29 tahun itu kini berada di pusat pemulihan akhlak.

“Mereka juga adalah anggota sindiket pengedaran dadah, individu tersebut berkemungkinan berperanan sebagai ‘transporter’.

“Kesemua individu itu akan dituduh pada 1 Mac di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah,” ujarnya.

Media semalam melaporkan seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, masing-masing terduduh didakwa melakukan kesalahan bermula 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd. Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Bagaimanapun tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh, manakala sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Lelaki itu turut menaungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haram sejak 2015.

Sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya