Curi lambang hakim sempena hadiah untuk abang

Curi lambang hakim sempena hadiah untuk abang

AHMAD Sukarno Mohd. Zahari menunjukkan lambang ‘Hakim’ yang dicuri dua beradik berusia 15 tahun dalam kejadian di Batu Caves, Selangor, Ahad lalu. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang adik yang ingin menghadiahkan lambang kereta hakim kepada abang sempena hari lahirnya mengundang padah apabila ditahan polis, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila dua beradik berusia 15 tahun bertindak menggores kenderaan rasmi milik Hakim Mahkamah Persekutuan kira-kira 7.30 petang, Ahad lalu.

Malah, nombor pendaftaran serta lambang ‘hakim’ turut dicabut dalam kejadian di Taman Koperasi Polis Fasa Dua.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu berhubung kejadian berkenaan pada 8.50 malam selepas selesai menunaikan solat di masjid.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Cawangan Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul membuat serbuan di sebuah rumah di Batu Caves berdasarkan hasil risikan yang dijalankan.

“Hasil serbuan berkenaan, polis menahan dua remaja lelaki warga tempatan yang juga adik-beradik. Kedua-dua tangkapan berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah tingkatan tiga,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, siasatan mendapati remaja itu mencari lambang berkenaan kerana menyerupai nama abangnya dan dihadiahkan sempena hari lahir.

“Siasatan mendapati adiknya yang lahir pada bulan Disember ingin memberi hadiah sempena hari lahir abangnya pada bulan Mac tahun yang sama kerana lambang berkenaan menyerupai nama abangnya.

“Kedua-dua suspek yang ditangkap tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya