Curi duit di kafe sebab mahu bayar hutang

Curi duit di kafe sebab mahu bayar hutang

RAHMAT ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita yang baharu dua minggu bekerja di sebuah kafe di Eco Galleria di sini, ditahan polis kerana mencuri RM400, Rabu lalu.

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa dia bertindak mencuri wang jualan di tempat kerjanya bagi menjelaskan hutang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, perbuatan itu dilakukan suspek kira-kira pukul 10 malam di kafe terbabit.

“Bagaimanapun perbuatan suspek tersebut dapat dikesan oleh majikannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Iskandar Puteri telah menahan suspek pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Tambahnya, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya