CR8ATiVA: Ignite and Inspire idea generasi muda cetus diversiti seni

CR8ATiVA: Ignite and Inspire idea generasi muda cetus diversiti seni

POSTER program CR8ATiVA: Ignite and Inspire di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kolej Pengajian Seni Kreatif (CCA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan pendekatan inovatif dengan menggabungkan beberapa acara ke dalam satu program yang merupakan kemajuan signifikan dalam mempromosikan pemikiran holistik di kalangan pelajar. 

CCA dalam satu kenyataan memaklumkan, program CR8ATiVA: Ignite and Inspire diusahakan oleh pelajar tahun kedua semester keempat daripada Pengajian Seni Liberal, Pengurusan Seni Kreatif (Pengurusan Seni) UiTM yang menggelarkan diri mereka sebagai Mandala Production.

Katanya, Mandala Production diberi kepercayaan melaksanakan acara tersebut dengan objektif utamanya untuk membawa CR8ATiVA ke arah gaya pemikiran pelajar yang fleksibel menerusi tema Urban Street Style.

“Selain menjenamakan Pengajian Seni Liberal, Mandala Production berusaha membawa suasana yang berbeza untuk membuka minda para pelajar supaya terus bereksperimentasi,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Seni Liberal UiTM, Dr. Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin berkata, program itu bertujuan mewujudkan jaringan sinergi antara para pelajar dan pensyarah di bawah CCA selain mewujudkan kolaborasi bersama pihak industri.

Katanya, ia adalah persediaan awal bagi para pelajar sebelum mereka melangkah kaki  menjalani latihan industri (WBL) pada semester hadapan. 

“Pengajian Seni Liberal sentiasa terbuka untuk pelajar bereksperimentasi bagi menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. 

“Pensyarah juga digalakkan memberi tunjuk ajar dan sentiasa membuka jalan untuk berdiskusi dengan pihak industri jika dirasakan perlu,” katanya.

Program itu dijadual berlangsung dari 10 hingga 13 Januari ini di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor  bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Antara acara diadakan ialah Wacana Saloma, Malaysian Writers in Conversation: A Multi-Cultural Perspective, Clash of Talents, R.E.A.D., Wacana Sinema Malaysia: FFM dari Perspektif Pemain Industri, Mobile Legends: Bang Bang serta Malam Puisi, Lagu dan Kopi.

Dalam pada itu, pengasas CR8ATiVA: Ignite and Inspire, Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang berkata, melalui program ini, pelajar berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari secara langsung. 

Katanya, para pelajar dapat menzahirkan kreativiti melalui pelaksanaan projek yang diberikan dengan menggunakan platform yang disediakan untuk merealisasikan idea secara lebih kreatif

“Inisiatif ini berfungsi sebagai latihan dan peluang yang tidak ternilai untuk pelajar mempamerkan kebolehan mereka kepada khalayak yang luas selain membentuk dan menanda aras diri mereka semasa menguruskan acara ini. 

“Keunikan program dapat dilihat melalui kepelbagaian kandungan yang bakal ditampilkan pada setiap acara. Dalam program ini, setiap acara disusun dengan teliti untuk memberi tumpuan kepada tema tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya