Covid-19: Pelajar, guru digalak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Covid-19: Pelajar, guru digalak pakai pelitup muka

WONG Kah Woh ditemui pemberita pada Program Semarak Taiping 150 di Dataran Warisan Taiping. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Guru dan murid digalakkan memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah pencegahan jangkitan penyakit itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementerian sudah memaklumkan perkara itu kepada semua sekolah di seluruh negara pada April lalu.

“Dua perkara yang kementerian tegaskan ialah menggalakkan pemakaian pelitup muka kepada semua warga sekolah iaitu pendidik dan pelajar serta mematuhi SOP Covid-19 yang sudah dikeluarkan.

“Keduanya ialah melakukan ujian kendiri di rumah sekiranya bergejala dan sekiranya hasil ujian itu negatif, boleh datang ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran,

“SOP Covid-19 yang dibincangkan pada April lalu masih diguna pakai sehingga kini dan jika berlaku perubahan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Begitu juga kelonggaran tidak memakai pakaian seragam sekolah juga masih lagi diteruskan, kelonggaran itu masih terpakai,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Semarak Taiping 150 di Dataran Warisan Taiping di sini semalam yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Menurut Kah Woh, sekiranya berlaku penularan Covid-19 yang serius, kementeriannya akan segera mendapatkan nasihat daripada KKM berkenaan langkah dan tindakan selanjutnya.

“Covid-19 ini berubah dari masa ke semasa dan kini masuk ke tahap endemik.

“Kementerian akan sentiasa membuat pemantauan Covid-19 terutamanya ketika sesi persekolahan akan dibuka pada Selasa ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya