Ciuman berlapik: Tak banyak boleh cakap, terima kasih atas teguran - Yusry Abd. Halim - Utusan Malaysia

Ciuman berlapik: Tak banyak boleh cakap, terima kasih atas teguran – Yusry Abd. Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, berterima kasih atas teguran yang diberikan penonton mengenai babak ciuman berlapik dalam drama bersiri adaptasi Korea Selatan, W: Two Worlds yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Yusry bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah babak berkenaan dilakukan menggunakan teknik kamera, sebaliknya menegaskan pihaknya mengambil kira setiap respons yang diberikan penonton.

“Kami berterima kasih di atas teguran yang diberikan oleh penonton dan akan lebih beringat di masa akan datang.

“Sebenarnya saya ada banyak benda nak cakap. Tetapi kami menghormati permintaan Viu untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara ini,” katanya.

Yusry ditemui Utusan Malaysia di majlis ‘viewing party’ drama W: Two Worlds di sebuah hotel, semalam.

Mengakui memberikan kelainan dalam pengolahan karya adaptasi, Yusry merombak jalan cerita untuk episod enam ke atas agar plot cerita lebih segar berbanding naskhah asal.

“Untuk episod satu dari hingga enam kita mengikuti cerita asal. Namun untuk episod enam dan seterusnya, kita mula tampilkan karya ini dengan cara sendiri.

“Ini kerana, jika kita tiru sebiji-sebiji dari yang asal, nanti orang akan cakap baik tengok versi asal. Jadi kami buat perubahan agar peminat dapat tengok perbezaan yang diolah untuk versi Malaysia,” ujarnya.

Manakala bagi pelakon watak Izara, Daiyan Trisha mendedahkan setakat ini dia menerima maklum balas yang sangat baik dari rakan-rakan industri mengenai penampilannya dalam drama ini.

“Sejujurnya saya ada juga baca komen-komen penonton tentang perkara ini tetapi saya ambil pendekatan untuk menerimanya dengan neutral.

“Paling penting bila saya bekerja adakah pengarah dan produksi gembira dengan hasil kerja saya. Adakah rakan pelakon gembira dengan kerja saya. Saya cuba jaga semua ini dan dengar maklum balas daripada orang-orang dalam industri. Setakat ini maklum balas yang diterima sangat baik

“Bukan bermaksud saya tidak ambil kira maklum balas orang luar, tetapi kadang-kadang kita tak tahu datang daripada mana. Kalau ada yang terima mahupun tidak dengan lakonan saya, saya okay sahaja,” katanya.

Episod akhir Drama W: Two Worlds sebanyak 12 episod baru sahaja ditayangkan di platform Viu hari ini. Turut sama menjayakan naskhah itu ialah Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussein dan Elizabeth Tan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya