China sedia bekerjasama dengan AS untuk hubungan lebih stabil

China sedia bekerjasama dengan AS untuk hubungan lebih stabil

XI JINPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping dilaporkan bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menggalakkan hubungan dua hala yang stabil, bertukar-tukar ucapan tahniah dengan rakan sejawatannya dari AS pada ulang tahun hubungan diplomatik.

Menurut laporan CCTV, Xi dan Presiden AS, Joe Biden dilaporkan bertemu di San Francisco pada November lalu, berikrar untuk meningkatkan komunikasi dalam usaha menghentikan persaingan daripada merebak ke dalam konflik.

Jelas stesen penyiaran itu, dalam pertukaran mesej untuk menandakan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, Xi berkata, kedua-dua pihak harus mengambil tindakan praktikal untuk mempromosikan pembangunan hubungan China-AS yang stabil, sihat dan mapan.

“Xi Jinping menegaskan, dia bersedia bekerjasama dengan Presiden Biden untuk terus mengemudi hubungan China-AS, memberi manfaat kepada kedua-dua China dan Amerika Syarikat serta rakyat mereka dan mempromosikan keamanan dan pembangunan dunia,” kata CCTV.

Jelas stesen penyiaran itu, Xi dikatakan berpegang kepada prinsip saling menghormati, kewujudan bersama secara aman dan kerjasama menang-menang adalah cara yang betul untuk China dan AS berinteraksi. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya