Cadangan RUU halang tukar kerajaan bukan langkah terdesak

Cadangan RUU halang tukar kerajaan bukan langkah terdesak

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Rang undang-undang (RUU) fixed term parliament atau penetapan penggal Parlimen yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bukan langkah terdesak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang pertukaran kerajaan yang merupakan hak rakyat sebagai pemilih wajar ditentukan pada pilihan raya umum (PRU) seterusnya.

Menurutnya, lebih ramai pihak terutama masyarakat serta pelabur mahukan keadaan negara yang aman dan damai ketika ini berbanding perlu berhadapan krisis politik pada setiap masa.

“Apa nak terdesaknya, tak terdesak apa pun sebab sokongan kepada kerajaan sudah lebih daripada memadai termasuk lima orang ahli Parlimen Bersatu yang sokong Perdana Menteri secara terbuka.

“Kerajaan dalam keadaan stabil, cuma bila tak habis-habis ada cerita berkaitan tukar kerajaan setiap hari saya ingat itu sebagai yang tidak harmoni dalam sebuah negara yang begini keadaannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, cadangan Ahmad Zahid jelas membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi selain sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.

Ahmad Zahid berkata, beliau menyarankan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal demi menjamin kestabilan negara agar kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli-ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.

Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga bekas menteri Kabinet menyifatkan cadangan Presiden UMNO itu merupakan satu perkara yang positif pada waktu ini.

“Orang luar nak datang sebagai pelabur atau pelabur dalaman sekali pun akan rasa sangsi sebab bimbang dengan suasana politik tak stabil. Seeloknya biarlah sampai habis penggal, nak jadi apa pun masa pilihan raya.

“Nak buat pertukaran atau apa nak jadi masa pilihan raya nanti saya rasa itu satu yang boleh diterima. Tak apa kalau jadi pembangkang, jadi lah sampai PRU. Kalau masa itu rakyat pilih awak (jadi kerajaan pula), terimalah keputusannya,” katanya.

Ketika ditanya dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bahawa rakyat mahukan kerajaan Perpaduan hari ini ditukar, Mahdzir berkata, perkara itu sepatutnya sudah berlaku pada PRU15 lalu jika benar.

“Kalau tukar, tukar sekali hari itu tapi Kedah saja (PN) menang banyak, negeri lain tak menang lagi. Saya ingat Menteri Besar tak berapa faham tu, rakyat Kedah saya akui pada waktu itu pilih mereka.

“Kami dapat sikit undi tapi tak cukup untuk menang tetapi untuk keseluruhan negara ada 222 kerusi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak namun semasa PRU15 tak cukup untuk mereka (jadi kerajaan),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya