Bunuh seorang lelaki, penganggur berdepan tali gantung - Utusan Malaysia

Bunuh seorang lelaki, penganggur berdepan tali gantung

Bunuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penganggur berdepan hukuman gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistreti di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Intan, Kapar, pada tahun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan, namun tertuduh, G. Deeneskumar, 29, mengangguk faham di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Berdasarkan pertuduhan, Deeneskumar didakwa membunuh S.Surenthiren, 37, dekat Jalan Hamzah Alang 31, Taman Intan, Kapar, di sini antara pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 10 Januari tahun lalu.

Oleh demikian, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun.

Selain itu, jika tertuduh tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 14 Februari depan.

Prosiding tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi dan tertuduh diwakili Peguam Vinesh Segar.

Seorang lelaki pada 10 Januari tahun lalu dilaporkan maut akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja di Taman Intan, Kapar di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.04 pagi, mangsa berusia 30an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya