Bunga api tahun baharu meletup atas tanah

Bunga api tahun baharu meletup atas tanah

TANGKAP layar bunga api yang terbakar di atas tanah sehingga menyebabkan pengunjung bertempiaran lari di Dataran Bandar Baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api bertempiaran lari apabila terdapat bunga api yang meletup di atas tanah ketika sambutan tahun baharu di Dataran Bandar Baharu, di sini tengah malam tadi.

Bagaimanapun, kejadian pada pukul 12.01 tengah malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pengunjung yang berada di lokasi terbabit.

Menerusi satu rakaman video yang tular, seorang individu dilihat sedang merakamkan bunga api di udara sebelum tiba-tiba terkejut apabila salah satu daripadanya meletup di atas tanah.

Individu terbabit kemudian menjerit dan meminta pengunjung berhampiran menjauhi kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, semakan mendapati pihaknya tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan tentang pembakaran bunga api oleh pihak penganjur serta tiada sebarang permit dikeluarkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan atau kedua-duanya,” katanya.

Azmi berkata, insiden letupan bunga api di atas tanah itu boleh membahayakan keselamatan para pengunjung.

“Namun begitu, tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan yang berlaku ke atas pengunjung yang hadir,” katanya.

Kata beliau, pihak polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atas insiden tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya