PETALING JAYA: Pakar Psikologi Kanak-kanak dari SEGI Universiti, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor berkata, pelajar kini dilihat semakin berani membuli kerana ketiadaan ‘elemen’ yang dapat menakutkan mereka, sekali gus menyebabkan golongan itu tidak rasa bersalah melakukan demikian. Kata beliau, hukuman yang setimpal perlu diwujudkan bagi mengatasi isu buli dalam kalangan pelajar supaya mereka menyedari menjadi pembuli adalah satu perbuatan yang salah dan mendatangkan kesan tidak baik kepada mangsa. “Kita perlu cari hukuman yang boleh menakutkan golongan pembuli supaya mereka ingat tentang akibatnya dan tidak lagi berani mengulangi kesalahan serupa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya