Bukti Aman tahan 101 pekerja asing

Bukit Aman tahan 101 pekerja asing, selamatkan remaja Myanmar jadi buruh paksa 

WARGA asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang memproses barangan terpakai (komponen elektronik) di Jalan Kebun, Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 101 pekerja warga asing ditahan selepas sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai (komponen elektronik) di Jalan Kebun, Shah Alam di serbu Bukit Aman semalam.

Menerusi serbuan operasi bersepadu bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Alam Sekitar kira-kira pukul 5 petang itu turut menyelamatkan remaja warga Myanmar disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa.

Difahamkan, remaja terbabit bersama pekerja warga asing lain diupah untuk meleraikan barangan elektronik bagi dikitar semula dan bekerja selama enam hari seminggu.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, remaja lelaki terbabit berjaya diselamatkan dan seramai 101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

Kata beliau, serbuan mendapati premis itu adalah sebuah kilang kitar semula memproses barangan elektronik terpakai yang beroperasi secara haram sejak lebih setahun lalu

“Siasatan awal mendapati kilang berkenaan dijalankan oleh warga China dengan menyewa tanah daripada pemilik tempatan berusia 60 tahun.

“Pemilik lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, seramai 100 warga asing termasuk empat wanita berusia antara 18 hingga 39 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen iaitu tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja.

Katanya, mereka terdiri daripada 61 warga Bangladesh; China (19); Myanmar (10); Kemboja (8) dan Nepal (2).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 39B dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya