Bukan majlis pertunangan saya - Afifah Nasir - Utusan Malaysia

Bukan majlis pertunangan saya – Afifah Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Afifah Nasir menafikan dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya selepas satu gambar menunjukkan mereka berpakaian sedondon ungu tular.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Afifah berkata, gambar tersebut diambil ketika majlis akikah anak saudaranya dan bukannya majlis pertunangan atau merisik seperti yang digembar gemburkan.

“Itu bukan majlis pertunangan, sebaliknya akikah anak saudara saya,” jawabnya ringkas.

Gambar yang dimuat naik pelakon Cik Misi 123 itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet yang mendakwa adik kepada aktress, Anzalna itu sudah mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini, pelakon berusia 30 tahun itu tidak pernah mendedahkan kekasih tinggi lampai berwajah kacukan itu sekali gus membuat kejutan kepada peminatnya.

Afifah juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terlalu terbuka berhubung kehidupan peribadinya termasuk kisah percintaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya