Bukan keputusan saya - Tyzo - Utusan Malaysia

Bukan keputusan saya – Tyzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai popular, Tyzo, menegaskan tindakan meninggalkan stesen radio Suria FM adalah bukan atas kehendaknya.

Jelas Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulqarnain, 57, dia punya tanggungjawab untuk menyara anaknya justeru bukan kemahuannya untuk meninggalkan stesen radio nombor 4 negara itu.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja.

“Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular 2023,” tulisnya di Instagram (IG).

Tyzo pada semalam mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan tidak lagi bersama Suria FM.

Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin dalam kenyataan memaklumkan penamatan perkhidmatan Tyzo yang berkuat kuasa semalam adalah sebahagian rangka strategi dan perancangan 2024 untuk memastikan Suria FM kekal relevan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut. Peminat menyifatkan stesen radio itu melakukan kesilapan besar dengan melepaskan Tyzo.

“Silap besar Suria FM melepaskan salah seorang DJ yang berkaliber. Sebab dialah (Tyzo) rating radio itu meningkat.

“Percayalah, bukan abang Tyzo sahaja yang pergi. Tetapi dia pergi bersama peminat-peminat setia yang selama ini menyokong karier abang Tyzo,” tulis peminat di IG.

Dalam masa yang sama, muncul peminat yang kecewa dan meluahkan hilang sokongan kepada Suria FM gara-gara perkara itu.

“”Harap Hot FM boleh ambil Tyzo bekerja. Maaf Suria, saya pun akan tukar saluran ke radio lain. Bye bye Suria!,” tulis seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya