Budak empat tahun tersepit mesin basuh

Budak empat tahun tersepit mesin basuh

KANAK-kanak perempuan yang tersepit pada ruangan pengering sebuah mesin basuh di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Bomba mengeluarkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam ruangan pengering sebuah mesin basuh di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.53 petang.

“Anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak tersebut tersangkut dalam ruangan pengering mesin basuh jenis manual.

“Melihat keadaannya, kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh 30 minit tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi kemudian ditamatkan kira-kira pukul 4.43 petang,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya