Buaya serang warga emas ketika ambil air

Buaya serang warga emas ketika ambil air

MOHD. HARIS IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila diserang buaya semasa sedang mengambil air di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Damaran, Pulau Banggi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.53 petang itu, wanita berusia 79 tahun berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superitenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa yang menyatakan ibu saudaranya telah diserang buaya.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan pergi ke sungai tersebut untuk mengambil air sebelum menyedari kehadiran buaya di sungai itu.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan. Mangsa juga berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Haris berkata, kes tersebut telah di rujuk ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya