Buat amang seksual terhadap remaja OKU, suami isteri dipenjara - Utusan Malaysia

Buat amang seksual terhadap remaja OKU, suami isteri dipenjara

Amang seksual OKU
PASANGAN suami isteri dibawa keluar meninggalkan Mahkamah Sesyen oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Klang, Selangor. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan keji pasangan suami isteri melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 14 tahun yang merupakan sepupu mereka sendiri berbalas apabila dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Noridah Adam terhadap pasangan suami berusia 33 dan isteri, 36 yang mengalami sumbing apabila masing-masing mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Pada prosiding itu, Noridah menjatuhkan hukuman masing-masing lima tahun kepada pasangan tersebut atas pertuduhan menyentuh dadah mangsa selain penjara dua tahun kerana menyebabkan mangsa memerhati perbuatan mereka. 

Sementara si suami turut dipenjara setahun atas kesalahan menyimpan video lucah. 

Hukuman bagaimanapun diarahkan berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 1 Disember lalu dengan masing-masing di Penjara Kajang dan Sungai Buloh.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan itu menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain pengawasan selama dua tahun selepas hukuman penjara itu.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu masing-masing didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang dada remaja perempuan itu bagi tujuan seksual.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.

Pasangan itu juga didakwa secara bersama melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menyebabkan remaja berkenaan memerhati perbuatan bersifat seksual mereka.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 15 (d) AKSTK 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Lelaki tersebut melakukan kerja-kerja kampung juga didakwa satu lagi pertuduhan menyimpan beberapa video lucah di dalam telefon bimbitnya dan dengan itu boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri tersebut telah menghantar pesanan aplikasi WhatsApp kepada mangsa yang merupakan sepupunya agar datang ke rumah mereka untuk melipat baju.

Mangsa yang hadir kemudiannya telah diarahkan melipat baju di dalam bilik sebelum berlakunya amang seksual tersebut.

Pasangan tersebut yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan penjara dijalani serentak daripada tarikh ditangkap sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya