Bomba selamatkan warga emas tak larat turun dari bumbung rumah

Bomba selamatkan warga emas tak larat turun dari bumbung rumah

SEORANG warga emas yang berjaya diselamatkan daripada bumbung rumahnya di Pandamaran Jaya, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang warga emas dalam keadaan tidak bermaya di atas bumbung rumahnya di Pandamaran Jaya, di sini berjaya diselamatkan anggota bomba, petang tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 87 tahun itu memanjat bumbung rumahnya untuk membaiki bumbung, namun tidak larat untuk turun ke bawah justeru terbaring sahaja di bumbung.

Kejadian tersebut disedari orang ramai yang melalui rumahnya lantas terus menghubungi bomba supaya dapat membantu warga emas itu turun dari bumbung rumahnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan mengenai perkara terbabit kira-kira pukul 1.44 petang.

“Dilaporkan setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki Cina berumur 87 tahun berada di atas bumbung dalam keadaan tidak bermaya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada hari ini.

Mengikut maklumat daripada keluarganya, menurut Ahmad Mukhlis, warga emas itu memang sering memanjat bumbung bagi membaiki bumbung tersebut.

Katanya lagi, apabila menyedari tiada bunyi ketukan pada bumbung, salah seorang anak mangsa keluar dari rumah bagi melihat keadaan mangsa.

“Didapati mangsa dalam keadaan lemah dan anaknya itu tnaik untuk menurunkan mangsa, namun dia tidak mampu menurunkan ayahnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya