Bomba selamatkan 36 orang terperangkap banjir kilat - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan 36 orang terperangkap banjir kilat

ANGGOTA bomba membawa orang awam ke lokasi selamat dalam kejadian banjir kilat di Taman Fair Park, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 36 orang awam yang berada di sekitar Taman Fair Park dekat sini, diselamatkan oleh anggota bomba selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 5.06 petang dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika kejadian paras air berada pada kedalaman antara 1 hingga 1.5 meter.

“Seramai 36 mangsa yang dikesan terperangkap di sekitar kawasan itu berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat.

“Operasi tamat pada pukul 6.50 petang dan pemantauan dijalankan mendapati, air telah surut 90 peratus di lokasi kejadian.

“Buat masa ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya