Bomba bantu agih 120,000 liter air sehari - Utusan Malaysia

Bomba bantu agih 120,000 liter air sehari

ANGGOTA bomba membantu mengisi air ke dalam sebuah tangki untuk kegunaan penduduk yang mengalami gangguan bekalan air di Dataran Limbungan, DUN Kota Putera, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu mengagihkan 120,000 liter air sehari ke kawasan terjejas berikutan kebocoran paip air di dasar sungai Besut berhampiran dengan Jambatan Kampung Lampu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata inisiatif itu merupakan program khidmat masyarakat (CSR) bagi membantu penduduk yang terjejas bekalan air di kawasan terlibat dengan tangki air Bukit Keluang di Dewan Undangan Kota Putera, Besut.

“Sejak Sabtu lalu, kami telah menggerakkan sebuah jentera ‘water tanker’ berkapasiti 20,000 liter untuk mengagihkan bekalan air di dataran Limbungan, DUN Kota Putera.

“Kami juga menerima bantuan sebuah lagi jentera ‘water tanker’ dari BBP Marang yang digunakan secara bergilir-gilir selama 24 jam sehari untuk memastikan bekalan air sentiasa ada,” katanya ketika ditemui di Dataran Limbungan, DUN Kota Putera, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, jentera tersebut ditempatkan di dataran berkenaan bagi memudahkan proses pengagihan bekalan air dilakukan ke tangki-tangki kecil yang dibawa oleh sukarelawan yang membantu membawa ke kawasan terjejas.

“Kita menghadapi kesukaran apabila tidak dapat dilalui jentera kita yang agak besar, oleh itu dengan kerjasama semua pihak kita pasti bekalan ini dapat disampaikan ke seluruh lokasi terjejas,” katanya.

Tambahnya lagi selain disalurkan melalui tangki agihan orang ramai juga boleh ke lokasi jentera ditempatkan bagi mendapatkan bekalan air.

Menurutnya, pihaknya mengambil bekalan air itu daripada pili bomba yang dijamin kualiti sumber air oleh pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya